EA Academy & Training – Belajar Business Online Dengan Engku Helmy

Sale!
,

Deck – Shopee International Platform SIP

RM0

Out of stock

Categories: ,

Platform Antarabangsa Shopee (SIP) merupakan fungsi yang baru dilancarkan untuk membolehkan penjual menyertai program serta menjual di platform e-dagang Shopee dan mempromosikan produk pada peringkat antarabangsa. Pada masa ini, Singapura memainkan peranan sebagai pasaran percubaan.

Penjual yang dijemput untuk menyertai SIP dapat:

  1. Membangunkan operasi semasa dan meningkatkan jangkauan pengguna serta mempunyai potensi untuk menjual produk mereka ke 6 buah negara yang berbeza melalui penggunaan platform e-dagang Shopee tempatan.
  2. Menikmati perkhidmatan rentas sempadan oleh Shopee yang merangkumi sokongan logistik, pembayaran, dan pengaturan khidmat pelanggan tanpa sebarang kos tambahan.
  3. Mendapat pengalaman menjual di pasaran tempatan negara lain tanpa perlu menubuhkan sebarang pusat perniagaan di luar negara dll.

Proses SIP

1. Setelah pembeli di luar negara membuat pesanan, penjual akan dimaklumkan serta perlu menghantar barang tersebut ke Gudang Shopee Malaysia.

2. Penjual perlu memenuhi pesanan tersebut sama seperti pesanan-pesanan lain dan menghantarnya tepat pada waktu pembeli. Penjual tidak perlu menukar sebarang alamat kerana proses ini akan dilakukan oleh Gudang Shopee Malaysia.

3. Setelah bungkusan tiba di Gudang Shopee Malaysia, bungkusan tersebut akan diproses oleh Shopee untuk dihantar ke lokasi pembeli di luar negara.

4. Sekiranya terdapat kes pulangan/bayaran balik, Shopee akan berhubungan secara langsung dengan pembeli melalui Khidmat Pelanggan tempatan.

Faedah menyertai SIP

1.Pengalaman menjual tempatan dikekalkan.

2. Logistik untuk rentas sempadan, khidmat pelanggan, dan penyelesaian pembayaran disokong oleh

Shopee.

3. Peningkatan bilangan pelanggan yang dapat menyumbang kepada jumlah pesanan lebih tinggi.

4. Mempelbagaikan perniagaan ke pasaran antarabangsa dan meningkatkan aliran tunai sambil

meminimakan risiko perniagaan.