EA Academy & Training – Belajar Business Online Dengan Engku Helmy

SHELL CAFE: mercu tanda baru Shell Malaysia?

Suscribe Telegram Kami

dapatkan artikel terkini hanya di Telegram Channel EA Academy

WELCOME SHELL CAFE?

Hari ini singgah di Shell Jalan Ipoh menuju ke KL. Niat nak keluarkan tunai dan beli rokok. Tetapi macam ada ramai sedikit pelanggan dan mereka berkumpul di satu ruangan baru sebelah kaunter runcit mereka.

Shell Cafe!

Yup, tiada lagi Deli2Go. Logo comel Shell Cafe betul-betul menarik perhatian aku. Kemudian ada satu mesin espresso Simonelli besar dan penghawa dingin pastri yang kemas.

Aku dekatkan diri sebab ingin tahu. Maklumlah pertama kali nampak.

Kemudian aku disapa oleh seorang gadis yang aku rasa sangat berkeyakinan. Nampak moden dan lengkap bertopeng pelitup muka. Dia tanya “Encik nak cuba ker? Ini konsep baru dari kami”.

Pandangan pertama aku?

Strategi Shell Trading ini menarik. Tetapi aku cuba provoke kenapa mereka tidak partner dengan coffee franchise lain untuk ruangan itu? Mungkin boleh ’empower’ brand tempatan untuk berniaga di sana?

Gadis ini bagus! Dia tenang menjawab soalan-soalan aku lontarkan. Dari dimana mereka source raw material (amik local supplier ke?), bagaimana SOP mereka (to maintain consistency), dan agihan pendapatn termasuklah royalty dan service delivery expectation.

Aku tanya dia awk belajar mana dulu. Dia dengan bangga katakan “saya graduan UiTM, saya graduan tempatan”.

Aku suka jawapan dia. Proud of her study and experience.

Berbalik kepada Shell Cafe, nampaknya Shell Trading sedar akan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia. Mungkin dapatan kajian pasaran mereka mendapati adanya mesin kopi gourmet akan lebih menarik jualan.

Jangan lupa, mereka juga bekerjasama dengan Costa untuk model perniagaan yang nyata berbeza dengan kerjasama Petronas dan Starbucks. Kepelbagaian (diversifying) produk dan perkhidmatan mereka boleh mencapai semua demografik pembeli yang ada.

Sebagai contoh, soal gourmet coffee, pelanggan suka melihat Barista beraksi dan bagaimana minuman kegemaran mereka menjadi realiti. Ada pelanggan yang nak menikmatinya dan sanggup membayar premium. Mereka tidak boleh terima Mesin Costa. Harga sama mahal tapi mereka hanya dengar bunyi seolah-olah Barista sedang buat padahal ia mesin semata.

Mungkin Shell Cafe adalah jawapannya. Kita tunggu dan lihat.

Strategi kepelbagaian begini hanya boleh dibuat oleh syarikat yang punya kekuatan kewangan yang besar dan selesa untuk membuat pelaburan pada produk dan perkhidmatan baru.

Well, we are talking abour Shell. They do have the capital to test it. Should they succeeded. Good for them.

Now apa reaksi Petronas dan Mesra Cafe dan Starbucks?

Menarik kan? sumber FB Azwan Bin Omar

Artikel Terkini

Kami Nak Bagi Hadiah PERCUMA

Dapatkan ebook ini bernilai RM39.99 secara PERCUMA sahaja.

 Klik Butang di bawah