Berita Baik kepada semua pemohon Bayaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional KWSP yang layak .Menerusi update status di Facebook & Instagram beliau berkata keputusan untuk mempercepatkan bayaran di buat selepas mendapat banyak permintaan daripada pemohon yang sangat memerlukan dan selepas perbincangan daripada KWSP kami bersetuju untuk mempercepatkan dari tarikh asal 20 April 2022 kepada esok 18 April 2022 seperti yang di umumkan sebelum ini.
Ujar beliau bayaran akan di buat secara berperingkat maka kepada yang permohonannya di luluskan boleh la check akaun bank masing masing bermula dari esok.
Untuk Rekod : https://eaacade.my/pm-umum-pengeluaran-khas-on-off-kwsp-sebanyak-rm10000/
Perdana Menteri telah mengumumkan pada 1 April 2022 kepada pemohon yang layak boleh mula memohon Bayaran Khas KWSP dengan had maksima sehingga RM10,000 sekaligus.