Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia MDEC hari ini bekerjasama dengan Meta Malaysia (Facebook) sebagai rakan eko-sistem utama dalam program terbaru #JomCelikDigitalDenganMeta hari ini.
Menurut Nicol Ketua Pegawai EksekutiF Meta Malaysia inisiatif program #JomCelikDigitalDenganMeta ini merangkumi 4 program utama yang merangkumi seluruh rangkaian aplikasi Meta.
Antaranya adalah Meta Boost , Pasar WhatsApps , Instagram Academy dan Meta Blueprint For Higher Education Program.
Jelasnya lagi program ini adalah bagi membantu rakyat Malaysia dan perniagaan tempatan yang terkesan akibat COVID-19 dan mengubah situasi ekonomi semasa ke arah Ekonomi Digital.
Menurutnya dengan kemunculan gelombang baru ini mampu mewujudkan satu industri digital baru yang memberikan pelbagai peluang perniagaan serta mewujudkan beribu peluang pekerjaan baru yang tiada sebelum ini .
tidak terhad kepada golongan dalam bandar sahaja malahan dengan ekonomi digital komuniti luar bandar juga akan mendapat manfaatnya ke pasaran lebih besar