Menteri Komunikasi & Multimedia Tan Sri Anuar Musa hari ini mengumumkan bahawa Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC mewujudkan Mercu Ekonomi Digital atau dikenali sebagai MEDi bagi membantu lebih ramai usahawan menceburi bidang ekonomi digital pada skala yang lebih besar.
Ini Kerana pasca pendemic ini ramai golongan muda menceburkan diri dalam perniagaan secara digital dan dengan ini akan membantu lebih ramai usahawan mengambangkan jualan produk dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia
“Fokus MEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada usahawan dengan lebih jauh dalam bidang perniagaan yang berasaskan ekonomi digital dari segi pemasaran produk seperti jenama, bungkusan produk dan sebagainya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar bersama agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan komuniti Keluarga Malaysia Kelantan di sini pada Jumaat yang turut dihadiri Pengerusi MCMC Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.