EA Academy & Training – Belajar Business Online Dengan Engku Helmy

Kisah di sebalik Harley Davidson

Suscribe Telegram Kami

dapatkan artikel terkini hanya di Telegram Channel EA Academy

Siapa tak kenal jenama motorsikal Harley Davidson.

Mula diperkenalkan pada awal tahun 1900-an, ia kurang dikenali pada masa itu. Sedangkan kualitinya tidak jauh beza dengan motorsikal jenama Indian yang telah lama bertapak dalam pasaran.

Tapi mereka tiada bajet untuk buat pengiklanan ataupun roadshow. Jadi, bagaimana mereka buat pemasaran ala-ala ‘zero marketing cost’ untuk lonjakkan nama Harley Davidson hingga viral dan jadi sebutan?

Mereka buat cabaran perlumbaan sejauh 350 km, melalui jalan kampung yang teruk, kepada semua pengeluar utama motorsikal pada masa itu, termasuk Indian.

Cabaran mereka disahut dan dipendekkan cerita Harley Davidson menang perlumbaan selama dua hari itu. Hasilnya, nama Harley Davidson meniti di bibir setiap peminat motorsikal dan popular hinggakan kilang mereka terpaksa dibesarkan untuk penuhi permintaan.

Malah, jabatan polis dan majlis perbandaran turut beli kerana tertarik dengan kualiti dan ketahanan motorsikal Harley Davidson.

Bak kata orang lama dalam bisnes, anda boleh hasilkan produk terbaik di dunia. Tapi tanpa pemasaran, ia tidak berguna kerana tiada siapa sedar ia ada, kecuali anda.

Kredit post oleh Mazlan Mohammad

Artikel Terkini

Kami Nak Bagi Hadiah PERCUMA

Dapatkan ebook ini bernilai RM39.99 secara PERCUMA sahaja.

 Klik Butang di bawah