Saya di jemput oleh pihak Fakulti Perniagaan UTHM untuk berkongsi serba sedikit mengenai Industri Ecommerce yang kami jalankan ini . Terima Kasih atas jemputan oleh Puan Nana selaku Pengarah Program ini yang mana banyak membantu pelajar & golongan muda yang berminat untuk berniaga secara online.
Program ini telah kami rancang pada bulan sebelumnya lagi tetapi di sebabkan Pendemic COVID19 yang teruk masa itu kita terima berita program telah di tangguhkan sebentar.

Dalam sesi yang saya di berikan selama 2 jam setengah ini saya berkongsi Fundamental of Ecommerce yang juga sebahagian dari topik favourite tajuk Buku tulisan dari saya ” Fundamental of Ecommerce”
Kita dapat pecahkan sesi ini kepada 3 sub topik utama apa Blueprint utama dalam perniagaan secara ecommerce ini.
Alhamdulillah feedback di terima rata rata pelajar berminat untuk mendalami lagi dan saya di tawarkan untuk mengajar secara sambilan dalam kelas akan datang bersama pihak Fakulti
Nantikan pengumuman lanjut ya