Hasbro, pengeluar permainan kanak-kanak terbesar dunia, pernah hadapi masalah jualan merudum bertahun-tahun.
Lalu mereka lantik Brian Goldner (mendiang), seorang tokoh korporat sebagai CEO baru.Di bawah beliau, Hasbro bertukar dari pengeluar alat permainan kepada pengeluar ‘cerita permainan’.
Tetapi salah satu faktor yang sumbang kepada pertumbuhan tinggi Hasbro adalah gaya kepimpinan Brian seperti berikut :
1. Mudah didekati oleh semua lapisan pekerja.
2. Ada rasa ingin tahu yang tinggi dan tidak malu untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari.Rasa ingin tahu dan ingin belajarnya ini jadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pekerja-pekerja Hasbro untuk cadangkan idea-idea baru dan hasilkan permainan yang inovatif.
3. Rajin lawat pekerja-pekerja Habsro di seluruh dunia dan adakan pertemuan secara ad-hoc dengan mereka.
5. Jadi mentor untuk pekerja-pekerja muda dalam perkara berkenaan kepimpinan dan inovasi.Ujar Goldner;
“ Apabila pekerja rasa lebih dihormati, idea mereka dihargai dan wujudnya komunikasi dua hala, mereka akan bersama-sama bantu saya dan ini bolehkan kami terus berjaya sebagai satu pasukan.
Bagi saya, ini adalah cara yang hebat untuk memimpin. “
Kredit post di FB Mazlan Mohammad