Syarikat BigPay telah di pilih oleh Kerajaan Malaysia sebagai Penyedia Rakan Kongsi bagi ePemula bermula 1 April lepas. Ujar Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Salim Dhanani kini pengguna BigPay boleh menuntut kredit RM150
Dan bagi mereka di peniaga luar talian (offline) melalui pembayaran kad BigPay atau ciri pembayaran BigPay DuitNow QR . Pengguna juga mempunyai akses kepada rangkaian penuh perkhidmatan kewangan yang tersedia di platform BigPay
Salim berkata selain daripada rangsangan RM150, BigPay juga akan memberi ganjaran kepada pengguna ePemulanya dengan tawaran termasuk baucar sehingga RM1,500 daripada airasia, Airasia Academy dan Zalora .
Kami juga menyediakan pulangan tunai tanpa had daripada peniaga rakan kongsi terpilih, yang digerakkan oleh Pulse iD.
Syarikat fintech itu menambah ia adalah satu-satunya bahagian pemain e-dompet ePemula yang menyediakan kad yang boleh digunakan di lebih 46 juta peniaga di Malaysia dalam talian dan luar talian.
Pengguna yang layak boleh menuntut RM150 mereka mulai hari ini hingga 1 Jun.