EA Academy & Training – Belajar Business Online Dengan Engku Helmy

59% M40 Mohon Pengeluaran Khas KWSP 10K

Suscribe Telegram Kami

dapatkan artikel terkini hanya di Telegram Channel EA Academy

M40 ni pendapatan isi rumahnya: RM4,851 sebulan sehingga RM10,970.

Bila kata pendapatan isi rumah.

Senang cerita,kalau dah kahwin tu nilai yg aku sebut kat atas adalah combination gaji suami dan isteri..So, M40 ni nak kata senang,tak senang. Nak kata susah,tak susah. Tapi most of the time sesak jugak lah..hahhaa?.Kenapa sesak?

Kebanyakkan M40 ni kerja as professional..Kerja professional ni kebanyakkannya ada dibandar..Bila dibandar. Kos hidupnya tak murah..

Org kata, “ok lah tu combine laki bini dekat RM5ribu. Nak apa lagi?”.Huhu..ada betulnya juga statement tu.

Tapi tidak ok kalau hidup dibandar..Dah duduk di bandar,tak kan nak dok bawah jambatan? Ada family kot..Kena juga ada rumah.

Nak beli rumah dibandar? Kirim salam lah..hahah..rumah PPR pun rate sewanya lebih RM1k. So,sewa nak kena bayar..Belanja makan? Tak payah lah aku ulas benda ni. Semua tau apa yg jadi sekarang. RM50 tu..aduhai..suku trolley pun tak dapat..huhu.

Dah sewa rumah nak bayar, makan pun mahal, terpaksa lah laki bini kerja..Dah laki bini kerja. Siapa nak jaga anak?So,anak nak kena hantar pengasuh pulak. Rate pengasuh sekarang bukan main…

Secara general:Baby: RM400 sebulanKalau umur anak 3-5 tahun: RM350 sebulanKalau mak ayah kena kerja hari Ahad/PH? Duit pengasuh je boleh cecah RM40 sehari..Rate tadika? Nak mohon tadika kemas tak layak.

So, hantar tadika swasta. Tadika swasta ni..Alamak tuan…dia punya yuran pendaftaran pun macam hantar anak ke universiti.

Beribu² nk kena ada duit?.Anak dah sekolah? M40 ni nama je ada keta sendiri. Tapi tak mampu nak hantar anak hari²..Sebab apa? Sebab kena kerja di office.

Office pulak jauh dari rumah. Nak lari amik hantar anak sekolah memang tak sempat..End up kena cari van sekolah pulak. Van sekolah je average RM120 sebulan..

Tu belum kira lagi nak kena bayar pinjaman pelajaran,bil api,bil air,bil telefon,tol,minyak kereta semua..M40 ni nampak gaji je banyak. Tapi hakikatnya “sesak”.?.So,tak heran lah aku kalau peratus ahli EPF kategori M40 yg mohon keluarkan EPF RM10k lagi tinggi dari ahli EPF kategori B40..

Kurang² boleh lah tampung apa yg tak cukup. Lagi² dah nak raya ni..Hakikatnya begitulah..Hidup sekarang memang tak murah.

Kalau tak pandai manage, mmg parah..

Fikir²kan lah..

Kredit dari FB Ir Abdul Rahman

Artikel Terkini

Kami Nak Bagi Hadiah PERCUMA

Dapatkan ebook ini bernilai RM39.99 secara PERCUMA sahaja.

 Klik Butang di bawah