Dua puluh satu tahun lalu, mendiang Steve Jobs berdiri di atas pentas untuk lancarkan produk terbaru Apple.
Perlahan-lahan beliau keluarkan satu objek putih kecil berbentuk empat segi tepat dari poket seluar jeannya iaitu iPod.
Dengan kelebihan saiz yang kecil tetapi boleh simpan seribu buah lagu, iPod akhirnya membunuh produk pemain CD jenama lain yang popular pada masa itu kerana hanya boleh mainkan kurang dari dua puluh lagu.
Namun tak sampai empat tahun selepas itu, Jobs buat keputusan untuk keluarkan produk terbaru Apple yang berpotensi bunuh produk iPod.
Bila ditanya tentang keputusan itu, beliau jawab;
“Lebih baik kita bunuh produk kita sendiri (dengan produk yang lebih baik) daripada biar pesaing kita yang lakukannya.”
sumber FB Mazlan Muhamad